KRITIKAN TENTANG DUNIA HIBURAN
(Sumber: google image) HIBURAN Dalam meniti dunia yang semakin maju ini, sudah tentu manusia semakin asyik dan leka terhadap perkara-perkara baru yang muncul dalam hidup ini. Tidak dinafikan bahawa, setiap manusia sukakan perubahan dan mencuba sesuatu yang baharu. Melalui dunia hiburan juga dapat dijadikan sesuatu itu membuahkan input positif mahupun negatif. Namun, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita mestilah menimbang sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk. Oleh itu, dunia hiburan haruslah dijadikan sesuatu yang tidak melalaikan seseorang manusia lebih-lebih lagi kepada umat Islam. Dunia hiburan pada masa kini sememangnya sedikit mencabar kerana kemasukan pengaruh-pengaruh budaya asing dalam stigma masyarakat Melayu. Dapat dilihat dari segi corak pemakaian yang di tonjolkan oleh industri fesyen, ianya sud...