SOLAT TIANG AGAMA
(Sumber: google image)
SOLATLAH!
Dalam meniti dunia yang semakin moden ini, sudah tentu pemikiran juga semakin ke arah modenisasi.
Tidak dapat juga aku nafikan tentang betapa dunia kini menjadikan kita semakin alpa tentang pentingnya solat. Namun, harus aku ingatkan bahawa di dunia ini tiada yang kekal, semuanya hanya pinjaman daripada Allah S.W.T.
Dunia ini ibarat persinggahan dimana kau harus berusaha sedaya mungkin dalam membawa bekal ke akhirat kelak.
Tidakkah kau sedar jika hanya dunia ini kau kejar, maka hanya dunia yang kau dapat. Tetapi jika kau kejar akhirat, pastinya kau dapat kedua-duanya sekali.
Seiring dengan itu, solatlah walau dimana kau berada kerana ia ibarat tiang di sebuah rumah, kukuhnya sebuah rumah juga bergantung kepada keadaan tiang tersebut. Tiada tiang maka runtuhlah hidupmu.
Tidak dapat aku nafikan bahawa diri ini juga sering lalai dalam melakukan perintah Allah. Namun, berdoalah selalu agar kau dikurniakan husnul khotimah. Seburuk-buruk mana engkau dimasa lalu, solatlah!
Beserta ini aku kongsikan hadis tentang solat itu tiang agama:
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
Kepala segala soal ialah Islam (menyerah diri), tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya (klimaks) ialah jihad (fi sabilillah)
Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi
Sebagai seorang muslim, tidakkah kita bersyukur tentang segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ? Namun, mengapa kita masih alpa dalam mengerjakan suruhan Allah S.W.T?
Comments
Post a Comment