SENI DAN BUDAYA MALAYSIA
(Sumber: Google)
Seni merupakan satu hasil karya yang dihasilkan oleh seseorang mengikut idea mereka yang tersendiri. Sudah tentu, bagi rakyat Malaysia sendiri yang umum mengetahui masyarakatnya yang berbilang kaum mempunyai pelbagai keunikan terhadap seni dan budayanya.
Seni Melayu khususnya mempunyai pelbagai bentuk seperti:
Seni tari - Antara seni tari Melayu adalah tarian Zapin, Makyong, Gamelan, Kipas, Joget. Ulek Mayang dan pelbagai lagi.
Seni ukir - Contohnya ukiran khat, ukiran kayu yang bermotifkan flora dan fauna. Lebih menarik lagi ianya diukir sendiri oleh pengukir dan biasanya tidak mempunyai sebarang cetakan yang sama dengan yang asal.
Seni muzik - Seni muzik melayu mempunyai keunikan terhadap alatan muzik yang digunakan. Contohnya kompang yang diperbuat daripada kulit haiwan, seruling, gedonbak, rebana, gong dan lain-lain.
Seni bela diri - Silat merupakan lambang kepada orang Melayu. Ia merupakan seni mempertahankan diri masyarakat zaman dahulu sehingga masa kini.
Beralih kepada budaya orang Melayu pula, terdapat beberapa perkara yang menarik tentang orang Melayu. Antaranya ialah budaya;
- Bersalam salaman (Ini bagi menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai perwatakan yang hormat-menghormati)
- Berbalas makanan antara jiran tetangga
- Senyum selalu (Menunjukkan bahawa orang Melaysia kaya dengan senyuman)
- Rewang (Diadakan ketika majlis perkahwinan atau majlis-majlis tertentu. Ia juga menunjukkan bahawa orang Malaysia saling tolong-menolong)
Oleh hal yang demikian, kita haruslah mengekalkan seni dan budaya orang Malaysia. Melalui ini, ia akan membuka mata orang luar terhadap sikap orang Melayu. Ia juga bagi mengekalkan perwatakan orang Melayu yang penuh adat dan bersopan santun.
Comments
Post a Comment