PAKAIAN TRADISIONAL
BAJU KURUNG TRADISIONAL
Baju kurung tradisional sememangnya menjadikan si pemakai nampak sopan dan manis kerana tidak menampakkan bentuk tubuh badan seseorang.
Pakaian sebegini adalah melambangkan seorang wanita Melayu bersama kain sarung di letakkan dibahu. Pada masa dahulu juga, para wanita melatakkan kain sarung di atas kepala.
Baju kurung tradisional direka dengan berpesak serta kembang di bawah. Cirinya adalah berlengan panjang dan longgar. Ini membuatkan si pemakai kelihatan sopan.
Pakaian ini sememangnya sudah jarang dipakai dan direka kerana terdapat pelbagai pengaruh budaya luar terhadap fesyen baju masa kini. Oleh itu, sebagai orang Melayu kita seharusnya mengekalkannya supaya ia tidak ditelan dek zaman.
Seharusnya baju kurung tradisional dipakai sehingga akhir zaman biarpun pelbagai gaya dan fesyen masuk ke dalam Malaysia.
MAJLIS PERPISAHAN TINGKATAN 6 BERTEMAKAN PAKAIAN TRADISIONAL
Semasa di tingkatan 6, kami mengadakan majlis perpisahan bertemakan pakaian tradisional. Setiap murid mengenakan pakaian tradisional Melayu tidak kira bangsa.
Menurut gambar di atas, terdapat seorang wanita berbangsa Siam tetap memakai pakaian Melayu dan mengikut tema meskipun berlainan bangsa.
Aku mengenakan baju kebaya yang dijahit khas untuk majlis ini. Meskipun sederhana, ia tetap memberi kepuasan dan kegembiraan kepada kami.
Gambar ini merupakan aku bersama teman seperjuangan yang lain di tingkatan 6 dahulu. Sekarang berpecah mengikut tawaran universiti masing-masing.
Aku berharap ukhwah yang dibini ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.
Bergambar bersama rakan-rakan dan guru yang bersama-sama menjayakan majlis ini.
Setiap orang memakai pakaian yang unik dan bersesuain dengan tema pakaian tradisional.
Tanpa sedar, ia dapat menonjolkan lagi tentang pakaian tradisional yang semakin jarang dipakai oleh masyarakat pada masa kini.
Gambar aku serta sahabatku dalam baju kurung yang di buat khas untuk majlis ini.
Comments
Post a Comment