TOKOH AGAMAWAN
SAYYIDINA ABU BAKAR
Sumber: GoogleBIODATA
Abu Bakar (lahir 572 - wafat 634/21 Jumadil Akhir 13 H).
Nama sebenar adalah Abdul Ka'abah, yang kemudian diubah oleh Rasulullah kepada Abdullah.
Nabi Muhammad SAW memberi gelaran sebagai As-Shiddiq (yang berkata benar), sehingga ia lebih dikenali sebagai Abu Bakar Ash-Shiddiq.
Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama pada tahun 632 (Audah Ali 2003:45) .
SUMBANGAN
Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku Nabi.
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat.
Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom.
Mengekalkan keamanan yang diasakan oleh Rasulullah.
Berusaha mengumpulkan kesemua ayat al-Quran.
MENJADI KHALIFAH
Saat Rasulullah SAW sedang sakit, dikatakan bahawa Abu Bakar dipilih untuk menjadi imam di dalam solat menggantikan Baginda, banyak yang menganggap ini petanda bahawa Abu Bakar individu yang paling layak menggantikan Rasulullah SAW.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW (632), segera berlaku musyawarah di kalangan para pemimpin kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah, dan akhirnya Abu Bakar dilantik sebagai pemimpin baru umat Islam atau khalifah Islam.
Peristiwa pelantikan Abu Bakar ini menunjukkan bahawa semangat perpaduan antara umat Islam adalah kukuh. Iaitu mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.
Comments
Post a Comment