KRITIKAN TENTANG DUNIA HIBURAN



           (Sumber: google image)

                     HIBURAN

    Dalam meniti dunia yang semakin maju ini, sudah tentu manusia semakin asyik dan leka terhadap perkara-perkara baru yang muncul dalam hidup ini. Tidak dinafikan bahawa, setiap manusia sukakan perubahan dan mencuba sesuatu yang baharu. Melalui dunia hiburan juga dapat dijadikan sesuatu itu membuahkan input positif mahupun negatif. Namun, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita mestilah menimbang sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk. Oleh itu, dunia hiburan haruslah dijadikan sesuatu yang tidak melalaikan seseorang manusia lebih-lebih lagi kepada umat Islam. 

    Dunia hiburan pada masa kini sememangnya sedikit mencabar kerana kemasukan pengaruh-pengaruh budaya asing dalam stigma masyarakat Melayu. Dapat dilihat dari segi corak pemakaian yang di tonjolkan oleh industri fesyen, ianya sudah banyak dipengaruhi oleh budaya luar. Contohnya, pemakaian yang menjolok mata, terdedah atau lebih kepada seksi menunjukkan dunia hiburan menunjukkan contoh dan tauladan yang tidak baik khususnya kepada anak-anak yang masih kecil. Namun, tidak dinafikan ada juga yang menjadikan dunia fesyen itu sebagai platform untuk memperagakan pakaian yang patuh syariah. Tetapi kebanyakannya ia tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana pada masa kini orang lebih tertarik kepada sesuatu yang moden. Oleh itu, sepatutnya dunia hiburan khususnya dalam berfesyen menunjukkan tauladan yang baik serta tidak terlalu tersasar daripada landasan yang benar. 

    Selain itu, dapat kita lihat pengaruh dunia hiburan yang semakin sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang adalah pengaruh K-pop. Hal ini kerana, anak muda semakin taksub dengan kumpulan penyanyi yang tersohor dari negara luar menyebabkan ia dilihat sebagai semakin hilang nilai jati diri dalam masyarakat Melayu. Hal sebegini sedikit sebanyak menyumbang kepada kurangnya rasa dalam diri untuk memartabatkan nilai bangsa dalam diri. Seharusnya media memainkan peranan penting dalam mengurangkan perkara ini semakin sebati dalam diri anak muda khususnya. Jika ianya berlarutan, pastinya akan menjejaskan mutu jati diri sesebuah bangsa kerana taksub dengan hiburan luar. Oleh itu, dunia hiburan semamngnya perlu dikurangkan dalam diri setiap orang agar ianya tidak menjadi berlebih-lebihan dalam berhibur. 

    Kesimpulannya, terdapat pelbagai pengaruh dunia hiburan yang dapat menjejaskan nilai jati diri sesebuah bangsa yang sepatutnya tidak berlaku. Setiap orang khusunya umat Islam mestilah mengehadkan dunia hiburan agar tidak terlalu leka. Berbagai jenis hiburan yang lebih bermanfaat seperti berpantun yang dapat memberikan pengajaran kepada diri. Oleh itu, setiap orang haruslah menilai sesuatu perkara itu sama ada bermafaat mahupun tidak. 

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMAWAN

SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL