INDAHNYA KAMPUNGKU!

Langit cerah membiru,

Bayu angin menyapa lembut pipiku,

Pepohon menghijau menyejukkan suasana,

Begitulah suasana di kampungku bernama Kampung Sedar.   

Di sini tempat aku dibesarkan oleh kedua ibu bapaku sejak lahir sehingga menjangkau umur 21 tahun.

Menariknya kampung ini terdapat sawah bendang yang luas, disitulah aku berkubang sewaktu musim tengkujuh.

Dikala musim tengkujuh, aku akan mengikut abangku ke bendang menangkap ikan dan belut. Namun, adakalanya aku akan dimarahi oleh ibu dan bapaku kerana bermain seperti permainan lelaki. Jika bernasib baik aku tidak akan dirotan oleh ibuku jika pulang dalam keadaan basah kuyup dan berbau baruh. Tetapi bila difikirkan semula, betapa seronoknya menjadi anak kampung. 

Kedudukan kampungku ini tidak terlalu pedalaman kerana ia dekat dengan bandar Kota Bharu, namun suasananya sememangnya kekampungan. Di sini, pada waktu kecilku kami akan bermain lompat getah, bermain guli walaupun aku ini anak perempuan dan bermacam lagi.

Apa yang menarik lagi pada suatu ketika dahulu aku akan membantu abangku mencari peluru senapang buluh yang hanya dipetik daripada pokok. Ianya dikenali sebagai bedil cenderai.

 Sudah pasti anak-anak dibandar tidak mengenali permainan ini kerana biasanya buluh mudah didapatkan di kampung. Di bawah aku sertakan gambar permainan tersebut, namun aku tidak bermainnya kerana dilarang oleh abangku. Jadi aku hanya menolongnya mengutip buah tersebut sebagai pelurunya.


Bedil cenderai

 
Ini merupakan peluru kepada bedil cenderai yang dikutip atas pohon-pohon di kampung.

Beginilah kehidupanku di kampung! 

Pengalaman yang cukup berharga sudah pasti tidak dapat dijual beli. 


Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMAWAN

SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL