MAKANAN TRADISIONAL KEGEMARANKU

 


NASI KERABU

Nasi kerabu sememangnya menjadi makanan tradisional orang Kelantan. Aku merupakan anak jati Kelantan yang sangat menggemari makanan Kelantan kerana rasanya yang unik. 

Di atas merupakan Nasi Kerabu yang aku dan ibu hasilkan ketika tempoh kawalan pergerakan lepas.
 
Ianya mempunyai dua jenis sambal iaitu ditumis serta yang biasa. 
Aku lebih menggemari nasi kerabu bersama sambal tumis kerana ia tidak kering ketika makan dan digaul bersama ulam ulaman. 

Keunikan nasi kerabu adalah ianya dimakan dengan cara digaulkan kesemua bahan seperti ulam-ulaman, sambal ikan, sambal lada, lada hitam dan yang paling penting adalah budu. 
Untuk rasa yang lebih 'umph' jika ia dimakan bersama telur masin dan solok lada. 

Untuk kali ini kami makan bersama nasi putih, bagi orang Kelantan ia dipanggil sebagai Nasi Kerabu Putih. Berbeza yang kebiasaannya dihasilkan oleh orang dahulu, nasi itu direndam bersama bunga Telang yang mengasilkan warna biru semulajadi. 

Bagi sambal biasa itu aku kongsikan resepinya yang ringkas iaitu:

Isi ikan selayang (direbus dahulu)
Isi kelapa parut muda (digoreng dahulu)
Bawang besar
Bawang merah 
Garam 
Gula


AIS KRIM BUBUR KACANG HIJAU

Di atas merupakan ais krim bubur jagung yang aku hasilkan untuk adik-adik dirumah.

Rata-rata masyarakat kini sudah tidak mengenali akan ais krim ini kerana ianya jarang dibuat pada masa kini. Ianya mempunyai rasa yang unik bersama rasa lemak santan serta kacang hijau.

Lebih menyelerakan jika dimakan ketika musim panas yang semamangnya mahukan sesuatu yang sejuk untuk menghilangkan panas.

Selain dimakan sebagai pencuci mulut, ia juga dapat dijadikan ais krim pada kanak-kanak pada masa kini.


AKOK DAN KUIH SAGU

Akok merupakan makanan kegemaran orang Kelantan kerana rasanya yang unik.
Akok yang menyelerakan apabila ia dihasilkan menggunakan kaedah lama iaitu dibakar menggunakan arang.
Aroma arang itu membangkitkan selera dengan baunya yang semula jadi.
Akok yang sedap juga haruslah adunannya mempunyai banyak kandungan telur berbanding tepung. Pasti ia akan menjadi sangat lembut dan lemak manis.

Manakala, beralih kepada kuih sagu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. 
Di Kelantan sekalipun sudah susah untuk mendapatkannya kerana kurang pembuatnya.
Ianya mempunyai inti ayam, bawang, serta rempah ratus yang membangkitkan selera.

Lebih menyedapkan jika ia dimakan bersama sayur salad bersama sedikit gigitan cili.


Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMAWAN

SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL