PENGALAMAN MEMASUKI KELAS BBK3410

 


 Nama diberi Norliyana Syahida Bt Mohmad Noor
Aku merupakan pelajar tahun 2, semester 1 2020/2021

Kali ini, aku mengambil kursus BBK3410 (Penglahiran Bakat Kreatif) untuk pertama kali. 

Pensyarah yang mengajarku kali ini adalah Prof. Madya Dr Kamariah Kamarudin yang sememangnya perpengalaman luas dalam bidang ini. Dan ini merupakan kali pertama aku mendapat tunjuk ajar daripada beliau. Sungguh aku berasa teruja untuk mendapatkan ilmu daripada beliau kerana beliau merupakan seorang pensyarah yang berjuang dalam memartabatkan bahasa Melayu. 

Sepanjang kuliah ini berlangsung, terdapat pelbagai pengajaran yang dapatku pelajari terutama tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu. Disini aku belajar bahawa, bangsa Melayu seharusnya berusaha dalam mempraktikkan bahasa jiwa bangsa dalam diri supaya ia tidak luntur ditelan dek zaman.

Aku juga belajar tentang bagaimana untuk menulis cerpen yang semangnya jarang untuk aku hasilkan meskipun aku seorang pelajar aliran kesusasteraan. Namun, melalui kelas ini aku belajar untuk meghasilkan karya sendiri meskipun ia hanya sekadar cerpen ringkas. 

Meskipun tidak berpengalaman dalam menulis cerpen, namun berkat tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan oleh pensyarah, aku mampu menulis cerpen dengan lengkap. Meskipun banyak kekurangan yang dimiliki, namun ia tidak mematahkan semangat untuk menghasilkannya. Sebagaimana pepatah mengatakan, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Disebabkan itu, pengalaman memasuki kelas ini adalah dari segi motivasi untuk menulis dan menghasilkan karya yang berkualiti dan mempunyai unsur pengajaran. Disebabkan itu, kita harus berusaha dalam melakukan apa jua bidang sampai berjaya. Ini kerana, sebuah kejayaan itu tidak datang bergolek. Demikianlah sedikit pengalamanku sepanjang mengambil kursus ini.


Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMAWAN

SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL