PANDEMIK COVID-19

 

Dunia kini digemparkan dengan penularan penyakit berjangkit iaitu wabak covid-19.

Menurut laporan Berita Harian, berdasarkan perkiraan AFP daripada sumber rasmi, setakat ini COVID-19 mengorbankan 1,000,009 mangsa daripada 33,018,877 kes jangkitan yang direkodkan.

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/09/735931/covid-19-angka-kematian-global-lepasi-1-juta

Penularan ini telah merebak hampir ke seluruh negara termasuklah Malaysia. Ia merupakan sejenis penyakit yang gelajanya adalah lebih kurang sama dengan demam tetapi mampu menyebabkan kematian bagi individu yang mempunyai sistem imuniti rendah. Individu yang mempunyai sejarah latar belakang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi mempunyai potensi untuk virus ini menyerang dengan lebih ganas.

Jangkitan ini sangat mudah berjangkit melalui sentuhan antara individu yang bergejala. Disebabkan ini, kerajaan mewajibkan rakyat untuk memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan mengurangkan aktiviti di luar rumah. 

Usaha kerajaan dalam mengekang penularan ini adalah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengelakkan daripada virus ini merebak dengan lebih pantas. Perkara ini memberi pelbagai kesan terutama dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Sepanjang PKP, rakyat boleh keluar daripada rumah atas urusan penting sahaja dan disarankan untuk bekerja dari rumah sahaja. 

Oleh hal yang demikian, banyak sektor yang terjejas terutama sektor swasta yang terpaksa memberhentikan pekerja disebabkan oleh aktviti ekonomi yang tidak berjalan. Ramai individu yang terjejas sepanjang pandemik ini. Namun, kita harus percaya bahawa rezeki Allah S.W.T itu luas dan Dia tidak akan menguji hamba-Nya tanpa sebab dan tujuan.

Sehingga kini, masih tiada vaksin yang dihasilkan mampu mencegah daripada dijangkiti wabak ini. Namun, penyakit ini harus dijadikan iktibar kepada semua untuk sentiasa menjaga kebersihan diri sentiasa. Semua orang harus berganding bahu, bersama dalam mengekang penularannya melalui amalan yang disarankan oleh pihak World Health Organization (WHO) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMAWAN

SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL