Posts

KRITIKAN FILEM

Image
KRITIKAN TERHADAP FILEM MAEL TOTEY THE MOVIE SINOPSIS Mael merupakan seorang pemuda yang lurus bendul ingin memikat hati seorang gadis jelita idamannya bernama Yaya.  Namun Yaya mengenakan syarat iaitu haruslah menguasai bahasa Ingeris terlebih dahulu.  Pada ketika dia sedang mempelajari bahasa Ingeris, dia secara tidak sengaja telah terjatuh hati kepada guru tuisyennya. Lantaran itu, timbullah konflik antara Mael, Yaya dan teacher. Disebabkan itu, hadirnya 4 orang watak lain yang datang mencampur tangan urusan mereka iaitu Asif, Yoe, Bedul dan Yatin.  KEISTIMEWAAN FILEM MAEL TOTEY THE MOVIE Setiap filem mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Sebagaimana filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu terhadap barisan pelakon yang ditonjolkan oleh pengarah. Pengarah dilihat membawa kelainan dengan menengetengahkan barisan pelakon dari kategori anak istimewa iaitu Asif, Yoe, Bedul dan Yatin. Sudah tentu kita tahu bahawa kebanyakan golongan ini adalah jar...

PENGALAMAN MEMBACA BUKU KREATIF

Image
  Assalamualaikum w.b.t.  Hari ini saya akan berkongsi pengalaman membaca buku kreatif yang bertajuk Gadis dan Cermin Masa Depan.  Ianya ditulis oleh Mohd Helmi Ahmad dan ditebitkan pada tahun 2018.  Lantaran memasuki kursus Penglahiran Bakat Kreatif, ia sedikit sebanyak memupuk minat saya untuk membaca buku kreatif yang berkualiti.  Jadi saya akan berkongsi sedikit sebanyak info tentang buku ini. Ianya berkisar tentang: Kepelbagaian konflik jiwa remaja dan suka duka alam remaja yang mewarnai kumpulan cerpen ini menjadikannya sebuah karya yang sarat dengan subjek cerita yang mencabar minda remaja. Istimewanya, naskhah ini juga menggabungjalinkan agama dan budaya pelbagai bangsa supaya dapat memupuk kematangan generasi muda masa kini agar lebih mementingkan toleransi dan perpaduan kaum. Dalam skop yang lebih luas, “cermin masa depan” itu ibarat cerminan generasi masa depan. Justeru itu, ia menarik perhatian saya untuk membacanya kerana di usia saya ini, cerpen re...

ANAK MUDA

Image
  MANFAATKAN MASA MUDA Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai onak duri dan cabaran yang perlu dilalui oleh golongan muda masa kini. Anak muda, hidup ini terlalu singkat untuk kita lalai dengan dunia yang serba canggih ini. Justeru itu, manfaatkan masa ini dengan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil. Telefon pintar itu sudah menjadi keperluan dalam dunia hari ini. Sudah tentu ia mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing. Namun, Anak muda juga seakan sudah tidak dapat berenggan dengan telefon pintar pada masa kini. Ingin saya berpesan untuk tidak lalai dengan aplikasi yang mengundang banyak perbuatan yang tidak berfaedah seperti Tik Tok, Facebook dan sebagainya. Namun, tidak saya nafikan ia juga banyak memberi info tentang hal-hal semasa dan aspek pembelajaran. Oleh itu, anak muda seharusnya pandai menilai sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk untuk dilakukan. Budaya melepak dalam kalangan anak muda juga seharusnya tidak dijadikan tabiat dalam hidup. Ini ...

PENGALAMAN KEMBARA

Image
 PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR Assalamualaikum wbt. Hari ini saya akan berkongsikan pengalaman kembara yang tidak akan dilupakan sepanjang berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) Pada kali ini, saya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak kolej untuk melakukan aktiviti gotong royong di Pantai Remis, Kuala Selangor. Nama program tersebut ialah Beach Clean Up yang di anjurkan oleh persatuan kolej 14 di bawah kelab Wonder Spartans. Program ini banyak memberi input dan pengajaran kepada saya untuk menjaga alam sekitar. Sepanjang kembara itu, kami mengutip sampah di sepanjang persisiran pantai tersebut.  Program ini membabitkan banyak pihak khususnya daripada warga universiti lain dan badan-badan bukan kerajaan yang melakukannya secara sukarela. Ini merupakan pengalaman yang pertama saya melakukan program di luar UPM sepanjang menjadi warga kampus universiti ini.  Lebih menyeronokkan juga ianya merupakan kali yang pertama saya menjejakkan kaki di bumi Kuala Selango...

KRITIKAN TENTANG DUNIA HIBURAN

Image
           (Sumber: google image)                      HIBURAN      Dalam meniti dunia yang semakin maju ini, sudah tentu manusia semakin asyik dan leka terhadap perkara-perkara baru yang muncul dalam hidup ini. Tidak dinafikan bahawa, setiap manusia sukakan perubahan dan mencuba sesuatu yang baharu. Melalui dunia hiburan juga dapat dijadikan sesuatu itu membuahkan input positif mahupun negatif. Namun, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita mestilah menimbang sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk. Oleh itu, dunia hiburan haruslah dijadikan sesuatu yang tidak melalaikan seseorang manusia lebih-lebih lagi kepada umat Islam.      Dunia hiburan pada masa kini sememangnya sedikit mencabar kerana kemasukan pengaruh-pengaruh budaya asing dalam stigma masyarakat Melayu. Dapat dilihat dari segi corak pemakaian yang di tonjolkan oleh industri fesyen, ianya sud...

TOKOH AGAMAWAN

Image
 SAYYIDINA ABU BAKAR                                   Sumber: Google BIODATA Abu Bakar (lahir 572 - wafat 634/21 Jumadil Akhir 13 H). Nama sebenar adalah Abdul Ka'abah, yang kemudian diubah oleh Rasulullah kepada Abdullah. Nabi Muhammad SAW memberi gelaran sebagai As-Shiddiq (yang berkata benar), sehingga ia lebih dikenali sebagai Abu Bakar Ash-Shiddiq.  Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama pada tahun 632 (Audah Ali 2003:45) . SUMBANGAN Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku Nabi. Memerangi golongan yang enggan membayar zakat. Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom. Mengekalkan keamanan yang diasakan oleh Rasulullah. Berusaha mengumpulkan kesemua ayat al-Quran. MENJADI KHALIFAH Saat Rasulullah SAW sedang sakit, dikatakan bahawa Abu Bakar dipilih untuk menjadi imam di dalam solat menggantikan Baginda, banyak yang me...

SOLAT TIANG AGAMA

Image
(Sumber: google image) SOLATLAH ! Dalam meniti dunia yang semakin moden ini, sudah tentu pemikiran juga semakin ke arah modenisasi. Tidak dapat juga aku nafikan tentang betapa dunia kini menjadikan kita semakin alpa tentang pentingnya solat. Namun, harus aku ingatkan bahawa di dunia ini tiada yang kekal, semuanya hanya pinjaman daripada Allah S.W.T.  Dunia ini ibarat persinggahan dimana kau harus berusaha sedaya mungkin dalam membawa bekal ke akhirat kelak.  Tidakkah kau sedar jika hanya dunia ini kau kejar, maka hanya dunia yang kau dapat. Tetapi jika kau kejar akhirat, pastinya kau dapat kedua-duanya sekali.  Seiring dengan itu, solatlah walau dimana kau berada kerana ia ibarat tiang di sebuah rumah, kukuhnya sebuah rumah juga bergantung kepada keadaan tiang tersebut. Tiada tiang maka runtuhlah hidupmu.  Tidak dapat aku nafikan bahawa diri ini juga sering lalai dalam melakukan perintah Allah. Namun, berdoalah selalu agar kau dikurniakan husnul khotimah. Seburuk-bur...