KRITIKAN FILEM
KRITIKAN TERHADAP FILEM MAEL TOTEY THE MOVIE
SINOPSIS
Mael merupakan seorang pemuda yang lurus bendul ingin memikat hati seorang gadis jelita idamannya bernama Yaya.
Namun Yaya mengenakan syarat iaitu haruslah menguasai bahasa Ingeris terlebih dahulu.
Pada ketika dia sedang mempelajari bahasa Ingeris, dia secara tidak sengaja telah terjatuh hati kepada guru tuisyennya.
Lantaran itu, timbullah konflik antara Mael, Yaya dan teacher. Disebabkan itu, hadirnya 4 orang watak lain yang datang mencampur tangan urusan mereka iaitu Asif, Yoe, Bedul dan Yatin.
KEISTIMEWAAN FILEM MAEL TOTEY THE MOVIE
Setiap filem mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Sebagaimana filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu terhadap barisan pelakon yang ditonjolkan oleh pengarah.
Pengarah dilihat membawa kelainan dengan menengetengahkan barisan pelakon dari kategori anak istimewa iaitu Asif, Yoe, Bedul dan Yatin. Sudah tentu kita tahu bahawa kebanyakan golongan ini adalah jarang diambil perhatian kerana kekurangan yang dimiliki.
Namun bagi pengarah Syahmi Sazli, beliau cuba menonjolkan bakat yang diperolehi mereka dan digarap melalui lakonan ini. Ianya sangat mengujakan apabila dengan kemampuan mereka yang sebegitu, mereka mampu belakon dengan baik meskipun mneghadapi pelbagai masaalah seperti cara komunikasi dan penyampaian.
Jika dilihat dari sudut positif, Syahmi Sazli sememangnya seorang pengarah yang hebat kerana berani mengambil risiko dengan mencipta sebuah karya dengan pengambilan pelakon yang sederhana latar belakangnya. Ini kerana kita tahu bahawa, pembikinan sesebuah filem adalah tinggi modalnya. Namun beliau berani menanggunh risiko tersebut.
Dengan ini, kita melihat bahawa anak-anak istimewa seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat mereka. Sebagaimana, Syahmi Sazli yang berusaha menggilap bakat mereka.
Dari segi jalan cerita pula, beliau dilihat membawakan cerita yang mudah dan ringkas untuk dipertontonkan. Dengan ini, ianya sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.
Lebih-lebih lagi, dalam cerita ini tiada adegan yang panas atau melampaui batas seperti sentuhan antara bukan mahram. Disebabkan itu, ia menjadi sebuah filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh isi keluarga.
Kesimpulannya, dalam dunia masa kini karya-karya filem seharusnya diterbitkan dengan sielitkan unsur pendidikan. Hal ini kerana, melalui filem ia sangat mudah untuk di akses oleh semua orang. Dengan ini, kota seharusnya menyerlah karya yang bermanfaat bagi semua pihak agar tidak terlalu lalai.
Comments
Post a Comment