ANAK MUDA

 


MANFAATKAN MASA MUDA

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai onak duri dan cabaran yang perlu dilalui oleh golongan muda masa kini.

Anak muda, hidup ini terlalu singkat untuk kita lalai dengan dunia yang serba canggih ini. Justeru itu, manfaatkan masa ini dengan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil.

Telefon pintar itu sudah menjadi keperluan dalam dunia hari ini. Sudah tentu ia mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing. Namun, Anak muda juga seakan sudah tidak dapat berenggan dengan telefon pintar pada masa kini.

Ingin saya berpesan untuk tidak lalai dengan aplikasi yang mengundang banyak perbuatan yang tidak berfaedah seperti Tik Tok, Facebook dan sebagainya. Namun, tidak saya nafikan ia juga banyak memberi info tentang hal-hal semasa dan aspek pembelajaran. Oleh itu, anak muda seharusnya pandai menilai sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk untuk dilakukan.

Budaya melepak dalam kalangan anak muda juga seharusnya tidak dijadikan tabiat dalam hidup. Ini kerana ia lebih kepada membuang masa yang seharusnya diisi dengan perkara berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Namun, ia tidak menjadi masaalah jika dilakukan sekali sekala untuk bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

Kesimpulannya, ingin saya berpesan kepada semua anak muda agar tidak membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Dalam usia ini, seharusnya ia digunakan untuk melakukan sesuatu yang mampu menjamin masa depan seperti belajar berniaga dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMAWAN

SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL