PENGALAMAN KEMBARA
PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR
Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya akan berkongsikan pengalaman kembara yang tidak akan dilupakan sepanjang berada di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pada kali ini, saya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak kolej untuk melakukan aktiviti gotong royong di Pantai Remis, Kuala Selangor. Nama program tersebut ialah Beach Clean Up yang di anjurkan oleh persatuan kolej 14 di bawah kelab Wonder Spartans.
Program ini banyak memberi input dan pengajaran kepada saya untuk menjaga alam sekitar. Sepanjang kembara itu, kami mengutip sampah di sepanjang persisiran pantai tersebut.
Program ini membabitkan banyak pihak khususnya daripada warga universiti lain dan badan-badan bukan kerajaan yang melakukannya secara sukarela.
Ini merupakan pengalaman yang pertama saya melakukan program di luar UPM sepanjang menjadi warga kampus universiti ini.
Lebih menyeronokkan juga ianya merupakan kali yang pertama saya menjejakkan kaki di bumi Kuala Selangor sepanjang hidup saya. Sudah semestinya ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup ini.
Meskipun ia dijalankan ketika pandemik covid-19, namun kami tetap menjaga garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan bersyukur tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang program itu berlangsung.
Meskipun letih mengutip sisa sampah di sepanjang pantai tersebut, namun keletihan itu tidak terasa kerana terlalu gembira.
Di situ juga, terdapat orang mengutip kerang untuk dijadikan sumber pendapatan. Hal ini kerana, pada ketika itu air surut dan tidak ombak. Jadi, nelayan dapat mencari rezeki di pantai tersebut.
Jadi saya berharap, agar pengalaman kembara ini dapat dijadikan salah satu destinasi untuk orang lain keluar untuk beriadah.
Comments
Post a Comment