PENGALAMAN MEMBACA BUKU KREATIF
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini saya akan berkongsi pengalaman membaca buku kreatif yang bertajuk Gadis dan Cermin Masa Depan.
Ianya ditulis oleh Mohd Helmi Ahmad dan ditebitkan pada tahun 2018.
Lantaran memasuki kursus Penglahiran Bakat Kreatif, ia sedikit sebanyak memupuk minat saya untuk membaca buku kreatif yang berkualiti.
Jadi saya akan berkongsi sedikit sebanyak info tentang buku ini. Ianya berkisar tentang:
Kepelbagaian konflik jiwa remaja dan suka duka alam remaja yang mewarnai kumpulan cerpen ini menjadikannya sebuah karya yang sarat dengan subjek cerita yang mencabar minda remaja. Istimewanya, naskhah ini juga menggabungjalinkan agama dan budaya pelbagai bangsa supaya dapat memupuk kematangan generasi muda masa kini agar lebih mementingkan toleransi dan perpaduan kaum. Dalam skop yang lebih luas, “cermin masa depan” itu ibarat cerminan generasi masa depan.
Justeru itu, ia menarik perhatian saya untuk membacanya kerana di usia saya ini, cerpen remaja sememangnya sesuai untuk dijadikan satu bahan bacaan untuk mengisi masa lapang.
Buku yang memasukkan elemen agama juga menjadi tarikan yang lebih lagi untuk seseorang pembaca mengambil input dan pengajaran dalam diri.
Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua orang agar membaca karya-karya kreatif yang mampu menaikkan martabat diri.
Comments
Post a Comment